Wednesday, June 2, 2010












KOPERASI KAPAYAN BERHAD
PETISURAT 101, LOT 4, TINGKAT 1
BANGUNAN KOPERASI KAPAYAN BERHAD
88200 KAPAYAN, PENAMPANG, SABAH.
TEL: 088-219786. FAKS: 088-219770.

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE -19

ADALAH DENGAN INI NOTIS DIBERIKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KOPERASI INI bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke 19 bagi Koperasi Kapayan Berhad akan diadakan pada jam 8.30 pagi, bersamaan hari Ahad, 27 Jun 2010 di Dewan Raya Jalan Kibouvang, Kampung Kapayan, Penampang, Sabah.

Agenda Mesyuarat:-

2.1 Melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat dan dua(2) Pencatit Minit.
2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 18 bertarikh pada 21.06.2009
2.3 Menerima Laporan ALK Tahunan : 2009/2010 dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
2.4 Menimbang dan Menerima Penyata Kewangan Beraudit bagi tahun Berakhir 31.12.2009.
2.5 Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan Kewangan 2010/2011.
2.6 Mencadang dan menerima pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan penukaran semula nama Koperasi yang telah didaftarkan sebagai KOPERASI KAPAYAN KOTA KINABALU BERHAD kepada nama asal KOPERASI KAPAYAN BERHAD.
2.7 Melantik 2 JuruAudit Luar untuk mengaudit akaun Koperasi Kapayan Berhad bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2010
(1) S.K.Wong & Co.
(2) Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM)
2.8 Memilih Tiga (3) orang Anggota Lembaga Koperasi yang akan menggantikan (3) Anggota Lembaga yang gugur mengikut giliran seperti berikut:-
(1) En. Fong Hing Ie @ Thomas
(2) En. Paul Tahing @ Eyon
(3) En. Abel Sitambul
2.9 Melantik Jawatankuasa yang mengandungi Enam(6) orang Anggota dan Empat(4) orang Anggota Lembaga untuk menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2010.
2.10 Membahas Usul-Usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan.

DENGAN ARAHAN OLEH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI KAPAYAN BERHAD.

Ditandatangani

(JAMANI BIN OSMAN)
Setiausaha
17/05/2010

s.k. Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Masa rasmi notis mesyuarat adalah jam 8.30, bagaimanapun untuk mempastikan kelancaran perjalanan mesyuarat Agung ini, maka kaunter pendaftaran kehadiran akan bermula seawal jam 7.30 pagi dan akan ditutup pada jam 9.30 pagi. Para Anggota adalah dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing.
Untuk tujuan rujukan awal buku laporan tahunan 2010, para anggota bolehlah mendapatkan naskah laporan satu(1) minggu dari tarikh mesyuarat dengan datang sendiri ke pejabat pentadbiran Koperasi Kapayan Berhad.

Tuesday, June 23, 2009

SEJARAH KOPERASI

RINGKASAN PROFAIL KOPERASI KAPAYAN BERHAD

Nama terawal :- KAPAYAN COOPERATIVE SOCIETY LIMITED


Nama Organisasi : KOPERASI KAPAYAN BERHAD
( JPKH: (Pend) 06/2/70 (7)

Nama Organisasi (baru) sejak 21 Jun 2009 ditukar kepada KOPERASI KAPAYAN KOTA KINABALU BERHAD.

(RCS 70/ 62)

LAMAN WEB : http://www.kopkapayanbhd.blogspot.com/

Alamat Email : koperasikapayankkberhad@yahoo.com

Alternate Email:- koperasikapayanberhad2@yahoo.com


ALAMAT BERDAFTAR & SURAT MENYURAT.

Alamat Berdaftar : Lot.4, Tingkat 1, Bangunan
Koperasi Kapayan Berhad,
88200 Penampang, Sabah. No. Tel/ Fax:088-219786 / 088-219770.

Alamat Surat-Menyurat Peti Surat 101, Lot.4, Tingkat 1, Bangunan Koperasi Kapayan Berhad, 88200 Penampang, Sabah.

Alamat Pejabat: Lot.4, Tingkat 1, Bangunan Koperasi Kapayan Berhad, 88200 Penampang, Sabah.

Tarikh ditubuhkan : 1962 ( Sebagai Kapayan Cooperative Limited ) kemudian diperakui Pendaftaran mengikut Akta Koperasi 1993 menjadi Koperasi Kapayan Berhad pada tarikh 24/10/2003 melalui kelulusan Mesyuarat Agung Tahunannya.

Bank (1)Alliance Bank Malaysia Bhd (Saving)
(1)Alliance Bank Malaysia Bhd (101960010027330)
(1)Alliance Bank Malaysia Bhd (FD)

Kewangan: (1)Ak’ Simpanan Setakat 30/11/2006, RM839.61
(2)Ak’ S’masa setakat 30/11/2006, RM120,760.07
(3)Akaun ’Tetap Setakat 30/11/2006, RM65,619.50

Aktiviti Niaga Utama : (1) Penyewaan premis perniagaan.
: (2) Penyewaan gerai & tapak jualan.


Pengarah / Pentadbir Syarikat: Anggota Lembaga Koperasi Kapayan Berhad dan pihak pengurusan.

Pemegang Saham/Syer : Para Anggota Koperasi Kapayan Berhad.

Friday, June 19, 2009

BERITA TERKINI


PENGUMUMAN PENTING !!!
DIMINTA KEPADA SEMUA ANGGOTA YANG BERDAFTAR DENGAN KOPERASI INI
UNTUK DATANG ATAU BERHUBUNG DENGAN PIHAK PEJABAT URUSAN
BAGI TUJUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT-MAKLUMAT ANGGOTA.
SILA LAKUKAN DALAM TAHUN INI JUGA UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN MAKLUMAT PENTING !!!
PENGUMUMAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI KAPAYAN BERHAD!!!
PENINGKATAN MODAL SYER MINIMA KEANGGOTAAN SEBANYAK RM 50.00 ( LIMA PULUH SAHAJA ) TELAH BERKUATKUASA PADA 21 JUN 2009 DAN TELAH DIPERSETUJUI DI DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KALI KE -18.
DIMINTA SUPAYA SEMUA ANGGOTA SEGERA MEMBUAT BAYARAN SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM31/12/2009.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

KOPERASI KAPAYAN BERHAD

KOPERASI KAPAYAN BERHAD


Penyerahan surat perlantikan dan juga sehelai baju "T " kepada YangBerhormat En. Donald Datuk
Peter Mojuntin selaku Yang Dipertua Koperasi Kapayan Berhad.