Friday, June 19, 2009

BERITA TERKINI


PENGUMUMAN PENTING !!!
DIMINTA KEPADA SEMUA ANGGOTA YANG BERDAFTAR DENGAN KOPERASI INI
UNTUK DATANG ATAU BERHUBUNG DENGAN PIHAK PEJABAT URUSAN
BAGI TUJUAN MENGEMASKINI MAKLUMAT-MAKLUMAT ANGGOTA.
SILA LAKUKAN DALAM TAHUN INI JUGA UNTUK MENGELAKKAN KESILAPAN MAKLUMAT PENTING !!!
PENGUMUMAN KEPADA ANGGOTA KOPERASI KAPAYAN BERHAD!!!
PENINGKATAN MODAL SYER MINIMA KEANGGOTAAN SEBANYAK RM 50.00 ( LIMA PULUH SAHAJA ) TELAH BERKUATKUASA PADA 21 JUN 2009 DAN TELAH DIPERSETUJUI DI DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KALI KE -18.
DIMINTA SUPAYA SEMUA ANGGOTA SEGERA MEMBUAT BAYARAN SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM31/12/2009.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

6 comments:

  1. Nama Koperasi Kapayan Berhad telah diubahsuai kepada KOPERASI KAPAYAN KOTA KINABALU BERHAD dengan nombor pendaftaran baru sebagai
    RCS 70/62. oleh pihak Pendaftar bermula 21/6/2009 dengan kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke 18 pada tarikh tersebut.

    ReplyDelete
  2. Seramai 41 orang anggota baru telah diterima di dalam mesyuarat ALK terbaru dalam bulan Ogos. Adalah diminta perhatian kepada semua pemohon baru yang belum menjelaskan yuran dan modal saham masing-masing agar berbuat demikian dengan kadar segera sebelum 31/12/2009

    ReplyDelete
  3. RENUNGAN BERSAMA

    DON'T ASK WHAT KOPERASI KAPAYAN KOTA KINABALU BERHAD CAN GIVE YOU.... BUT... RATHER ASK WHAT YOU CAN GIVE TO KOPERASI KAPAYAN KOTA KINABALU BERHAD

    ReplyDelete
  4. Notis penukaran nama koperasi akan dimaklumkan kepada semua penyewa dan anggota koperasi dalam masa terdekat.

    ReplyDelete
  5. Berita terkini,
    nama Koperasi Kapayan Berhad akan dikekalkan semula kepada yang asal tanpa mengambi nama Kota Kinabalu. Penggunaan nama akan berkuatkuasa pada selepas MAT 2010

    ReplyDelete
  6. KOPERASI KAPAYAN BERHAD
    PETISURAT 101, LOT 4, TINGKAT 1
    BANGUNAN KOPERASI KAPAYAN BERHAD
    88200 KAPAYAN, PENAMPANG, SABAH.
    TEL: 088-219786. FAKS: 088-219770.

    NOTIS MESYUARAT AGUNG KE -19

    ADALAH DENGAN INI NOTIS DIBERIKAN KEPADA SEMUA ANGGOTA KOPERASI INI bahawa Mesyuarat Agung Tahunan ke 19 bagi Koperasi Kapayan Berhad akan diadakan pada jam 8.30 pagi, bersamaan hari Ahad, 27 Jun 2010 di Dewan Raya Jalan Kibouvang, Kampung Kapayan, Penampang, Sabah.

    Agenda Mesyuarat:-

    2.1 Melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat dan dua(2) Pencatit Minit.
    2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 18 bertarikh pada 21.06.2009
    2.3 Menerima Laporan ALK Tahunan : 2009/2010 dan Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
    2.4 Menimbang dan Menerima Penyata Kewangan Beraudit bagi tahun Berakhir 31.12.2009.
    2.5 Menimbang dan meluluskan Anggaran Belanjawan Tahunan Kewangan 2010/2011.
    2.6 Mencadang dan menerima pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan penukaran semula nama Koperasi yang telah didaftarkan sebagai KOPERASI KAPAYAN KOTA KINABALU BERHAD kepada nama asal KOPERASI KAPAYAN BERHAD.
    2.7 Melantik 2 JuruAudit Luar untuk mengaudit akaun Koperasi Kapayan Berhad bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2010
    (1) S.K.Wong & Co.
    (2) Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM)
    2.8 Memilih Tiga (3) orang Anggota Lembaga Koperasi yang akan menggantikan (3) Anggota Lembaga yang gugur mengikut giliran seperti berikut:-
    (1) En. Fong Hing Ie @ Thomas
    (2) En. Paul Tahing @ Eyon
    (3) En. Abel Sitambul
    2.9 Melantik Jawatankuasa yang mengandungi Enam(6) orang Anggota dan Empat(4) orang Anggota Lembaga untuk menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan 2010.
    2.10 Membahas Usul-Usul yang disampaikan kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung diadakan.

    DENGAN ARAHAN OLEH ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI KAPAYAN BERHAD.

    Ditandatangani

    (JAMANI BIN OSMAN)
    Setiausaha
    17/05/2010

    s.k. Suruhanjaya Koperasi Malaysia

    • Masa rasmi notis mesyuarat adalah jam 8.30, bagaimanapun untuk mempastikan kelancaran perjalanan mesyuarat Agung ini, maka kaunter pendaftaran kehadiran akan bermula seawal jam 7.30 pagi dan akan ditutup pada jam 9.30 pagi. Para Anggota adalah dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing.
    • Untuk tujuan rujukan awal buku laporan tahunan 2010, para anggota bolehlah mendapatkan naskah laporan satu(1) minggu dari tarikh mesyuarat dengan datang sendiri ke pejabat pentadbiran Koperasi Kapayan Berhad.

    ReplyDelete